Berita Berita
Farhash nafi tuduhan curi, terlibat pengubahan wang haram berbilion ringgit
KUALA LUMPUR 6 Mei – Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penglibatan beliau dalam kegiatan mencuri dan pengubahan wang haram berjumlah berbilion ringgit di luar negara.
Beliau menegaskan bahawa laporan media yang mengaitkan dirinya dengan aktiviti haram di Turkiye dan Afrika adalah tidak benar, tidak berasas, serta bersifat fitnah yang bertujuan mencemarkan reputasinya.
Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau turut menyangkal dakwaan kononnya telah bertukar kewarganegaraan dan menjelaskan bahawa beliau bukan seorang warga Turkiye.
Farhash menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang akaun bank di negara berkenaan serta tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah kewangan seperti yang tular di media sosial.
Beliau menyifatkan tindakan mengheret namanya dalam isu tersebut sebagai satu cubaan pihak tertentu untuk meraih kepentingan politik memandangkan beliau kini hanyalah seorang ahli perniagaan.
Susulan penyebaran rakaman video yang dianggap berniat jahat itu, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.
Satu tindakan undang-undang juga akan difailkan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut demi melindungi kepentingan peribadi dan urusan perniagaannya.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah dan memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus.
Berita berkaitan
May 6, 2026, 2:07 pm
PTPTN umum dividen Simpan SSPN 4.10 peratus, tertinggi dalam 11 tahun
May 6, 2026, 1:49 pm
KPM perketat keselamatan di sekolah, garis panduan baharu akan dimuktamadkan
May 6, 2026, 1:37 pm
Polis nafi sedia khidmat pengiring konvoi kenderaan mewah
May 6, 2026, 12:39 pm
Malaysia berjaya dapatkan semula RM31.3 bilion dana 1MDB yang diseleweng - Azam Baki
May 6, 2026, 11:55 am
Pemandu Bezza bawa pil Yaba rempuh dua kenderaan ketika cuba lari daripada polis
May 6, 2026, 11:39 am
Lelaki positif dadah dengan 22 rekod lampau ditahan curi kabel KTMB
May 6, 2026, 10:53 am
Hormati kuasa pengampunan Agong - Muhammad Faiz
May 6, 2026, 10:50 am
NSRC berjaya pulangkan RM9.24 juta kepada mangsa scammer dalam talian
May 6, 2026, 10:21 am
