Berita Berita
Malaysia berjaya dapatkan semula RM31.3 bilion dana 1MDB yang diseleweng - Azam Baki
KUALA LUMPUR 6 Mei – Malaysia berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion atau 74.5 peratus daripada keseluruhan RM42 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng setakat tahun lepas.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, kejayaan itu sekali gus menjadi antara rekod kadar pemulihan aset tertinggi di dunia bagi skandal jenayah kewangan berskala besar.
Beliau berkata, jumlah yang berjaya diperoleh semula itu turut melepasi anggaran awal sebanyak 70 peratus atau RM30 bilion yang dinyatakan dalam beberapa laporan sebelum ini.
Pencapaian itu mencerminkan komitmen teguh kerajaan dalam mendapatkan semula aset negara yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, serta selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk memastikan setiap aset yang hilang dikesan dan dikembalikan kepada negara.
“Setakat ini, berdasarkan data yang ada, jumlah keseluruhan dana 1MDB yang diseleweng ialah RM42 bilion,” katanya.
Berita berkaitan
May 6, 2026, 2:07 pm
PTPTN umum dividen Simpan SSPN 4.10 peratus, tertinggi dalam 11 tahun
May 6, 2026, 1:49 pm
KPM perketat keselamatan di sekolah, garis panduan baharu akan dimuktamadkan
May 6, 2026, 1:37 pm
Polis nafi sedia khidmat pengiring konvoi kenderaan mewah
May 6, 2026, 11:55 am
Pemandu Bezza bawa pil Yaba rempuh dua kenderaan ketika cuba lari daripada polis
May 6, 2026, 11:39 am
Lelaki positif dadah dengan 22 rekod lampau ditahan curi kabel KTMB
May 6, 2026, 11:14 am
Farhash nafi tuduhan curi, terlibat pengubahan wang haram berbilion ringgit
May 6, 2026, 10:53 am
Hormati kuasa pengampunan Agong - Muhammad Faiz
May 6, 2026, 10:50 am
NSRC berjaya pulangkan RM9.24 juta kepada mangsa scammer dalam talian
May 6, 2026, 10:21 am
