TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis nafi sedia khidmat pengiring konvoi kenderaan mewah

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 6 Mei – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan dakwaan tular di Instagram kononnya pihaknya menyediakan khidmat pengiring bagi konvoi kenderaan mewah.

Pengarahnya, Mohammed Hasbullah Ali berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hantaran berkenaan dan tidak pernah mengeluarkan kebenaran, sokongan atau pengendorsan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan imej, logo atau menyerupai anggota polis trafik bagi tujuan promosi atau publisiti.

Katanya, susulan insiden itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan siasatan sedang dijalankan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"PDRM memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan identiti pasukan demi kepentingan tertentu serta menyebarkan kandungan yang mengelirukan masyarakat," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sentiasa mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi PDRM.

+ - reset