Berita Viral
(VIDEO) Tak tahu apa punca, lelaki warga asing mengamuk terbalikkan meja restoran di kaki lima di Jalan Klang Lama
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR, 6 Mei - Suasana di sebuah kedai dim sum di Jalan Klang Lama bertukar kecoh apabila seorang lelaki warga asing bertindak agresif dengan menterbalikkan beberapa meja makan dalam kejadian yang tular di media sosial.
Dalam rakaman video yang beredar, lelaki berkenaan dilihat mengamuk di kawasan tempat makan di kaki lima premis, menyebabkan pelanggan lain panik dan berundur bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Namun, pelanggan di kedai tersebut cuba melawan dan berjaya menghalau lelaki tersebut menggunakan kerusi plastik.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Seorang pengguna media sosial, Al Mera mendakwa bahawa lelaki itu marah kerana terdapat meja makan di laluan kaki lima kedai dan kawasan letak kereta sehingga menghalang laluannya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Yasser Yazid, menyuarakan pandangan bahawa tindakan lelaki tersebut berpunca daripada kegagalan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan.
“Bagus dia ni buat kerja. Nak tunggu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memang tak lah.
“Kat kaki lima dia susun meja tu. Makan rasuah ker,” komennya.
Seorang lagi netizen, Shah Haj Ramli, turut mengkritik keadaan di lokasi berkenaan yang didakwa sering menyebabkan kesesakan lalu lintas.
“Restoran ni lah punca jalan sesak tiap-tiap malam dan ada kemalangan.
“Kereta double triple park sampai dua lorong jalan raya. Korang nak mencekik tapi menyusahkan orang lain,” tulisnya.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut, termasuk sama ada sebarang laporan polis telah dibuat atau tindakan lanjut akan diambil terhadap individu terlibat mahupun premis berkenaan.
Kejadian ini menimbulkan persoalan mengenai penggunaan ruang awam oleh premis perniagaan serta tahap penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan di kawasan bandar.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
