Berita Viral
Lelaki dipercayai cuba buka pintu kereta guna peranti 'hacker' di Kepala Batas
KEPALA BATAS 24 NOVEMBER - Satu dakwaan cubaan samun yang melibatkan penggunaan peranti penggodam bagi membuka kunci pintu kereta berhampiran sebuah stesen minyak Petronas di Kepala Batas menarik perhatian ramai selepas dikongsikan di platform Threads.
Perkongsian itu dibuat oleh pengguna, Amirulhans yang memaklumkan bahawa ibu serta adiknya nyaris menjadi mangsa jenayah berkenaan.
Menurut hantaran itu, suspek didakwa cuba mengakses kenderaan mangsa menggunakan alat penggodam sebelum usaha tersebut gagal.
Dalam rakaman berasingan tular kelihatan seorang lelaki berkepala botak berbaju kelabu dan berseluar denim biru duduk di atas motosikal merah di tepi jalan sambil menundukkan pandangan ke arah skrin telefon bimbitnya.
Perakam video berkenaan menyuarakan kebimbangan apabila lelaki itu dilihat berlegar lama di lokasi tersebut seolah-olah sedang menunggu sasaran.
"Ibu dan adik aku hampir kena samun dekat Petronas Kepala Batas, dia try bukak pintu kereta guna hack device, ada sapa kenai dak?" tulis Amirulhans menerusi kapsyen media sosialnya.
Sementara itu, suara perakam dalam klip video itu turut meluahkan rasa sangsi terhadap tingkah laku individu berkenaan yang didakwa tidak berganjak dari kawasan itu.
"Dah tunggu mangsa apa ni. Dia tak pi ke mana duk tang ni aje. Memang dia buat kerja jahatlah ni," katanya.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden yang didakwa berlaku itu, manakala orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika meletakkan kenderaan serta memastikan pintu berkunci sepenuhnya sebelum meninggalkan kereta.
Berita berkaitan
November 24, 2026, 1:05 pm
'Rakyat penat bayar bil, warga asing senang curi air di Perak'
November 24, 2026, 12:09 pm
Lebih 5 kenderaan jadi mangsa jalan berlubang di lebuhraya Pasir Gudang
November 24, 2026, 9:33 am
Warga emas 'disiku' lepas kereta dirempuh di Terengganu, anak mohon saksi tampil beri maklumat
November 23, 2026, 5:42 pm
Berjaya lepas 'security guard', lelaki cukup sifat larikan motosikal pencari rezeki Grab di Shah Alam
November 23, 2026, 4:03 pm
Kereta terperosok masuk dalam lubang besar di Johor
November 23, 2026, 3:06 pm
Aktivis jumpa saksi 'roro' pukul remaja tempatan, kesal sikap tak campur tangan
November 23, 2026, 12:06 pm
Kenyataan wanita pertikai kewujudan ulama cetusan kemarahan orang ramai
November 23, 2026, 10:40 am
Shahrol Shiro kesal sikap pekerja Bangladesh berlagak lepas ditegur pakai jaket logo Maju Johor
November 23, 2026, 9:38 am
