Berita Viral
Lebih 5 kenderaan jadi mangsa jalan berlubang di lebuhraya Pasir Gudang
JOHOR BAHRU 24 NOVEMBER – Pengguna Lebuhraya Pasir Gudang yang melalui laluan dari arah Perling menuju ke Pasir Gudang dinasihatkan supaya lebih berwaspada susulan kewujudan dua lubang besar yang mengancam keselamatan pemandu di kawasan berkenaan.
Kerosakan jalan yang terletak berhampiran susur turun Tebrau 1 dan 1V itu didakwa telah berlarutan sejak sekian lama tanpa sebarang tindakan penyelenggaraan daripada pihak berwajib, sekali gus mengundang kemarahan orang ramai yang memuat naik aduan tersebut di media sosial.
Berdasarkan rakaman video yang tular memaparkan situasi pada waktu malam, sekurang-kurangnya tiga buah kenderaan termasuk sebuah kereta berwarna biru serta sebuah kenderaan berwarna perak dilihat terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan dengan menyalakan lampu kecemasan, dipercayai selepas terlanggar permukaan jalan yang rosak teruk itu.
Keadaan tersebut bukan sahaja menjejaskan kelancaran aliran trafik, malah turut mengundang risiko kemalangan jiwa terutama kepada penunggang motosikal yang dilaporkan sudah beberapa kali terjatuh akibat terlanggar lopak dalam berkenaan.
Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Redzsmith tampil berkongsi pengalaman cemasnya apabila kenderaan jenis Proton Preve berwarna merah yang dipandunya turut menjadi antara mangsa awal di lokasi kejadian.
"Saya merupakan pemandu kereta pertama (Proton Preve merah) yang terkandas di situ. Keadaan lubang memang sangat dalam, justeru orang ramai diminta agar sentiasa berhati-hati ketika memandu melalui laluan tersebut," katanya menerusi ruangan komen perkongsian tular itu.
Sehubungan itu, orang awam menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru agar segera mengambil tindakan pantas bagi membaik pulih struktur jalan terbabit demi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya di negeri ini.
Berita berkaitan
November 24, 2026, 1:05 pm
'Rakyat penat bayar bil, warga asing senang curi air di Perak'
November 24, 2026, 9:33 am
Warga emas 'disiku' lepas kereta dirempuh di Terengganu, anak mohon saksi tampil beri maklumat
November 23, 2026, 5:42 pm
Berjaya lepas 'security guard', lelaki cukup sifat larikan motosikal pencari rezeki Grab di Shah Alam
November 23, 2026, 4:03 pm
Kereta terperosok masuk dalam lubang besar di Johor
November 23, 2026, 3:06 pm
Aktivis jumpa saksi 'roro' pukul remaja tempatan, kesal sikap tak campur tangan
November 23, 2026, 12:06 pm
Kenyataan wanita pertikai kewujudan ulama cetusan kemarahan orang ramai
November 23, 2026, 10:40 am
Shahrol Shiro kesal sikap pekerja Bangladesh berlagak lepas ditegur pakai jaket logo Maju Johor
November 23, 2026, 9:38 am
Tular video remaja 'roro' bagai dirasuk pukul warga tempatan di Selayang
November 20, 2026, 6:11 pm
