TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki warga Bangladesh didakwa atas 5 pertuduhan cabul di stesen LRT, MRT

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Mei – Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 41 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas lima pertuduhan mencabul beberapa wanita di beberapa stesen pengangkutan awam sejak bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, memaklumkan bahawa suspek telah ditahan oleh pihak polis pada 27 April lalu kira-kira jam 11.45 pagi di perkarangan Stesen MRT Maluri.

Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam lima kejadian cabul yang menyasarkan mangsa wanita berusia dalam lingkungan 21 hingga 28 tahun.

Kejadian-kejadian tersebut dilaporkan berlaku di tiga lokasi berbeza iaitu Stesen LRT Chan Sow Lin, Stesen MRT Maluri Cheras, dan Stesen MRT Taman Midah.

Suspek kini berdepan dengan lima pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah mencabul kehormatan.

Mengikut peruntukan undang-undang, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan bagi setiap pertuduhan.

+ - reset