Berita Berita
Warga emas rempuh rider hingga maut di taman perumahan di Petaling Jaya dibebaskan atas faktor kesihatan
PETALING JAYA 6 Mei – Seorang lelaki warga emas yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan 17/21, di sini, pada Selasa, dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah, namun dibebaskan selepas mengambil kira faktor usia serta masalah kesihatan yang dihadapinya.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan jenis Proton X70 sehingga hilang kawalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ketika kejadian, lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah, manakala mangsa yang bekerja sebagai penghantar makanan sedang menjalankan tugas.
Terdahulu, media melaporkan seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di lokasi sama kira-kira jam 1.45 tengah hari.
Kenderaan dipandu warga emas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal mangsa.
Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Berita berkaitan
October 24, 2026, 7:48 pm
Dua lelaki ditemukan lemas ketika mandi sungai di Tanjung Rambutan
October 24, 2026, 4:45 pm
Penyelia maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk ketika pasang papan tanda di lebuh raya
October 24, 2026, 2:55 pm
Berkali-kali mohon bantuan kerusi roda kena 'sidai, OKU di Kelantan akhirnya dibantu Steven Sim
October 24, 2026, 2:35 pm
‘Pelajar tidak sepatutnya hidang arak’ – JPNS siasat dakwaan pada majlis makan malam
October 24, 2026, 1:35 pm
Yayasan Budimas kumpul setengah juta ringgit, beri sinar buat lebih 50,000 kanak-kanak setiap tahun
October 24, 2026, 11:13 am
Kapal tangki milik syarikat Malaysia ditahan, 1.16 tan ketamin dirampas
October 23, 2026, 10:44 pm
