Berita Berita
Harga RON95, diesel naik 5 sen
KUALA LUMPUR 6 Mei - Harga runcit petrol RON95 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen seliter bagi tempoh 7 Mei hingga 13 Mei ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, harga baharu RON95 ditetapkan pada RM4.02 seliter berbanding RM3.97 sebelum ini, manakala diesel di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM5.17 seliter berbanding RM5.12 seliter minggu lalu.
Bagaimanapun, harga petrol RON97 kekal pada RM4.90 seliter.
Menurut kenyataan itu, harga petroleum masih kekal berada pada paras tinggi melebihi AS$100 (RM392) setong berikutan konflik di Asia Barat masih belum menunjukkan penyelesaian.
Katanya, keadaan itu menyebabkan kekangan bekalan minyak mentah dan produk petroleum global yang semakin meruncing susulan kerosakan kemudahan pengeluaran serta penapisan minyak di rantau tersebut.
"Kerajaan Madani menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memelihara kestabilan bekalan negara susulan ketidaktentuan pasaran petroleum global yang masih berlarutan," katanya pada Rabu.
Tambah kenyataan itu, kerajaan turut mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar termasuk RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan RM2.15 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) RM2.15 seliter.
Katanya lagi, langkah itu adalah bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat dan keperluan perbelanjaan fiskal secara berhemat selain memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.
Berita berkaitan
May 6, 2026, 9:36 pm
Geng Shafik tumpas, kaut RM1.6 juta seludup migran Bangladesh
May 6, 2026, 9:28 pm
Jawi ajak orang ramai imarah Program Quranic Madani di Bukit Bintang Jumaat in
May 6, 2026, 9:21 pm
Rafizi Ramli yakin pelaburan RM1.1 bilion dengan Arm Holdings ikut prosedur
May 6, 2026, 9:17 pm
Lapan kenderaan terperangkap banjir kilat di ibu negara
May 6, 2026, 9:13 pm
Padini tegaskan individu ditahan SPRM bukan kakitangan syarikat
May 6, 2026, 3:55 pm
Syahir Sulaiman cabar pimpinan DAPSY berdebat isu model 'ekonomi-konsert'
May 6, 2026, 3:50 pm
