Berita Berita
Rafizi Ramli yakin pelaburan RM1.1 bilion dengan Arm Holdings ikut prosedur
PUTRAJAYA 6 Mei – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, menegaskan bahawa urusan berkaitan pelaburan berjumlah RM1.1 bilion dengan syarikat Arm Holdings telah dilaksanakan secara teratur dan mematuhi segala prosedur yang ditetapkan.
Beliau menyatakan keyakinan tersebut selepas selesai memberi keterangan selama hampir lima jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.
Menurut Rafizi, semua rekod penting termasuk minit mesyuarat, dokumen rasmi, serta perjanjian strategik sememangnya wujud dan sedia untuk dikemukakan sebagai bukti di mahkamah sekiranya perlu.
"Minit, dokumen, dan perjanjian itu semua memang dah ada. Sebab itu saya sangat yakin ia teratur dan terurus dari segi peraturan serta prosedurnya seingat saya semasa berada dalam kerajaan dahulu," katanya kepada pemberita.
Kehadiran beliau di SPRM hari ini merupakan hari ketiga proses rakaman keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor tersebut.
Pelaburan itu melibatkan kerjasama antara Kementerian Ekonomi dengan syarikat teknologi yang berpangkalan di Cambridge, United Kingdom.
Rafizi yang tiba pada jam 1.50 tengah hari tadi menegaskan kesediaannya untuk terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil.
Berita berkaitan
May 6, 2026, 9:36 pm
Geng Shafik tumpas, kaut RM1.6 juta seludup migran Bangladesh
May 6, 2026, 9:28 pm
Jawi ajak orang ramai imarah Program Quranic Madani di Bukit Bintang Jumaat in
May 6, 2026, 9:17 pm
Lapan kenderaan terperangkap banjir kilat di ibu negara
May 6, 2026, 9:13 pm
Padini tegaskan individu ditahan SPRM bukan kakitangan syarikat
May 6, 2026, 7:53 pm
Harga RON95, diesel naik 5 sen
May 6, 2026, 3:55 pm
Syahir Sulaiman cabar pimpinan DAPSY berdebat isu model 'ekonomi-konsert'
May 6, 2026, 3:50 pm
