TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Padini tegaskan individu ditahan SPRM bukan kakitangan syarikat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Mei – Padini Holdings Bhd tampil menjelaskan bahawa lapan individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini bukan merupakan kakitangan, pegawai, atau ahli pengurusan syarikat tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh peruncit fesyen terkemuka berkenaan bagi mengulas laporan media berhubung penahanan beberapa individu bagi membantu siasatan SPRM yang melibatkan syarikat dan anak syarikatnya.

"Padini ingin menegaskan bahawa semua individu yang ditahan bukan pekerja, pegawai atau ahli pengurusan syarikat," jelas syarikat itu dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pihak SPRM telah menahan lapan individu berhubung siasatan yang membawa kepada pembekuan beberapa akaun bank milik Padini dan anak syarikatnya.

Walaupun akaun bank berkaitan telah dikenal pasti untuk siasatan, pihak pengurusan Padini menegaskan komitmen mereka untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan dijalankan.

Syarikat tersebut turut memastikan bahawa operasi perniagaan mereka tidak terjejas dan akan terus mematuhi segala prosedur perundangan yang ditetapkan.

+ - reset