TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lapan kenderaan terperangkap banjir kilat di ibu negara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Mei – Sebanyak lapan buah kenderaan dilaporkan terperangkap dalam kejadian banjir kilat yang melanda tiga lokasi berbeza di sekitar ibu kota susulan hujan lebat petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 sebelum menggerakkan pasukan dari beberapa balai berhampiran.

Lokasi yang terjejas melibatkan:

  • Jalan Awan Kecil, Taman OUG: Lima buah kereta terperangkap.

  • Jalan Kuchai Lama menghala Jalan Klang Lama: Dua buah kenderaan terperangkap.

  • Terowong Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban (menghala Sri Petaling): Sebuah kenderaan terperangkap akibat takungan air di dalam terowong.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling, BBP Seputeh, dan BBP Bukit Jalil telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemantauan dan menyelamat.

Pihak bomba mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan. Pasukan penyelamat turut memastikan keadaan di kawasan sekitar terkawal sebelum air mula surut sepenuhnya.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan laluan yang mudah dinaiki air sekiranya hujan lebat berterusan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

+ - reset