Berita Berita
Bukan lagi gurauan, Ahmad Zahid bimbang istilah ‘Type M, Type C, Type I’ cetus jurang antara kaum
KUALA LUMPUR 11 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penggunaan istilah Type M (Melayu), Type C (Cina) dan Type I (India) yang semakin meluas di media sosial sebagai petanda hubungan antara kaum semakin teruji.
Menurut beliau, istilah yang pada awalnya dianggap gurauan kini bertukar menjadi bentuk sindiran dan prasangka yang menggambarkan kemarahan tersirat dalam kalangan masyarakat.
“Keresahan ini bukan kebencian terhadap kaum lain, tetapi kebimbangan apabila sensitiviti agama, budaya, bahasa dan sosial masyarakat Melayu-Islam semakin dipandang ringan.
“Perpaduan tidak runtuh secara mendadak, sebaliknya terhakis apabila asas yang menyatukan rakyat mula diremehkan,” katanya ketika merasmikan Musyawarah Nasional di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, Musyawarah Nasional mencadangkan supaya kerangka perundangan dan garis panduan perpaduan negara diperkukuh bagi memastikan setiap dasar, program serta penganjuran awam menghormati sensitiviti agama, budaya dan bahasa.
Beliau turut menegaskan keperluan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu, memperkukuh literasi budaya dan memastikan perpaduan nasional dipelihara bukan sekadar menerusi slogan semata-mata.
Katanya, usaha berkenaan perlu disokong dengan dasar, adab dan undang-undang yang jelas.
Musyawarah Nasional merupakan platform yang menghimpunkan pemimpin politik, cendekiawan, pemimpin masyarakat serta agensi kerajaan bagi membincangkan keresahan Melayu-Islam dan merangka penyelesaian jangka panjang.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut menggariskan lima teras utama perbincangan melibatkan pemeliharaan agama dan institusi Raja-Raja Melayu, ekonomi dan pemilikan, pendidikan serta bakat masa depan, medan sosial, budaya, bahasa dan perpaduan nasional selain politik dan kestabilan kuasa Melayu.
Menyentuh aspek ekonomi pula, beliau berkata keresahan ekonomi masyarakat Melayu berpunca daripada realiti bahawa penguasaan pemilikan dan rantaian nilai ekonomi masih lemah walaupun ramai terlibat sebagai pengguna dan tenaga kerja.
Menurut beliau, keadaan itu diburukkan lagi dengan peningkatan kos sara hidup, kesukaran memiliki rumah, skala usahawan Melayu yang masih kecil, sasaran ekuiti Bumiputera yang belum dicapai serta tekanan gentrifikasi terhadap masyarakat Melayu bandar.
“Cabaran ini tidak lagi boleh ditangani dengan bantuan atau subsidi semata-mata. Ia menuntut agenda lebih menyeluruh yang melibatkan pemilikan aset, penguasaan pasaran, rantaian bekalan dan akses kepada ekonomi masa depan,” katanya.
Beliau berkata, inisiatif PuTERA35 turut dicadangkan sebagai panduan strategik utama dengan hala tuju lebih jelas untuk memperkukuhkan penguasaan ekonomi Melayu.
“Matlamatnya bukan sekadar menyertai ekonomi, tetapi memiliki ekonomi; bukan hanya berniaga, tetapi membina industri; dan bukan sekadar merebut peluang, sebaliknya menguasai rantaian nilai secara menyeluruh,” katanya.
Berita berkaitan
May 25, 2026, 11:31 am
Pemandu bas ekspres ditahan guna telefon bimbit hasil penyamaran JPJ Johor
May 25, 2026, 11:27 am
Jemaah haji wanita dari Johor meninggal dunia di Makkah akibat pendarahan otak
May 25, 2026, 11:04 am
Aidiladha: Bekalan lembu, kerbau dan kambing lebih daripada mencukupi untuk ibadah korban
May 25, 2026, 10:46 am
Padah pandu melulu turun bukit, tiga individu parah dalam nahas di Lebuhraya SILK
May 25, 2026, 10:29 am
PGA tumpas cubaan seludup 90 lembu, 100 kambing menjelang Aidiladha
May 25, 2026, 10:21 am
PETRONAS sahkan insiden kerja penyelenggaraan bot libatkan kontraktornya
May 25, 2026, 10:08 am
Wanita sesak nafas ketika daki Gunung Irau, bomba terpaksa papah turun tiga kilometer
May 25, 2026, 8:12 am
