Berita Berita
Dua rakyat Malaysia terkesan insiden bangunan runtuh di Filipina
PUTRAJAYA 25 Mei – Kementerian Luar Malaysia mengesahkan dua rakyat Malaysia terkesan dalam insiden bangunan runtuh di Bandar Angeles, utara Manila, Filipina pada Ahad.
Dalam satu kenyataan, kementerian memaklumkan seorang daripada mangsa disahkan selamat manakala Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang giat mendapatkan maklumat sahih bagi memastikan status seorang lagi rakyat Malaysia.
“Kedutaan Besar Malaysia berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau keadaan rakyat Malaysia yang disahkan selamat serta mengesahkan status dan lokasi seorang lagi rakyat Malaysia.
“Pada masa sama, segala usaha sedang dijalankan untuk menghubungi dan mengesan waris terdekat kedua-dua individu terbabit,” menurut kenyataan itu.
Menurut kementerian itu, operasi menyelamat masih dijalankan bagi mencari individu yang dikhuatiri terperangkap dalam insiden berkenaan.
Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular segera atau mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia lain yang mungkin berada di kawasan terjejas diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila menerusi talian umum +63 286628200, nombor kecemasan selepas waktu pejabat +63 961 0778113 atau e-mel di mwmanila@kln.gov.my.
“Kementerian menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada semua pihak yang terkesan akibat insiden ini,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan seramai 26 individu berjaya diselamatkan selepas sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal Ahad di Bandar Angeles.
Daripada jumlah itu, 24 mangsa berjaya dikeluarkan dari struktur bangunan yang runtuh manakala dua lagi diselamatkan dari sebuah hotel apartmen berhampiran yang turut terjejas akibat kejadian tersebut.
Berita berkaitan
May 25, 2026, 12:42 pm
Maha Berjaya raih sambutan luar biasa, lebih 1,000 kambing qurban terjual tahun ini
May 25, 2026, 11:31 am
Pemandu bas ekspres ditahan guna telefon bimbit hasil penyamaran JPJ Johor
May 25, 2026, 11:27 am
Jemaah haji wanita dari Johor meninggal dunia di Makkah akibat pendarahan otak
May 25, 2026, 11:04 am
Aidiladha: Bekalan lembu, kerbau dan kambing lebih daripada mencukupi untuk ibadah korban
May 25, 2026, 10:46 am
Padah pandu melulu turun bukit, tiga individu parah dalam nahas di Lebuhraya SILK
May 25, 2026, 10:29 am
PGA tumpas cubaan seludup 90 lembu, 100 kambing menjelang Aidiladha
May 25, 2026, 10:21 am
PETRONAS sahkan insiden kerja penyelenggaraan bot libatkan kontraktornya
May 25, 2026, 10:08 am
