Berita Sukan
Titah 'Anak Jantan' TMJ bakar semangat JDT belasah Kelantan 14-1
KUALA LUMPUR 13 Mei – Titah perangsang daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menjadi kunci utama kebangkitan luar biasa Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mencatatkan kemenangan bersejarah 14-1 ke atas Kelantan TRW dalam aksi Liga Super, Ahad lalu.
Menerusi video yang tular di laman sosial kelab, Tunku Mahkota Ismail selaku pemilik JDT memberikan ucapan menyentuh hati di dalam bilik persalinan selepas skuad Harimau Selatan tewas kepada Buriram United dalam aksi Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), Rabu lalu.
Baginda menekankan bahawa gelaran 'anak jantan' dan 'pahlawan' bukan diukur melalui jumlah trofi atau kemenangan semata-mata, sebaliknya melalui keupayaan untuk bangkit semula dengan lebih kuat setiap kali rebah atau berdepan kegagalan.
"Setiap kali kita jatuh, kita bangkit semula, itulah kehidupan... Pastikan anak-anak kamu ingat satu perkara: 'Ayah saya tidak pernah mengalah'," titah baginda dalam video tersebut.
Kemenangan besar itu bukan sahaja mencipta rekod baharu Liga Super, malah menyaksikan JDT menyamai rekod dunia kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas, dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 108 perlawanan liga.
Semangat 'pantang menyerah' ini dijangka menjadi azimat utama skuad kendalian Xisco Munoz apabila mereka turun menentang Buriram United bagi aksi separuh akhir kedua ACC di Thailand, malam ini, demi memburu tiket ke perlawanan akhir.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
