Berita Politik
Langkah Rafizi, Nik Nazmi ada implikasi undang-undang, Speaker perlu buat keputusan - Anthony Loke
JOHOR BAHRU 17 Mei – Tindakan mengejut Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen serta mengambil alih Parti Bersama Malaysia (MU) disifatkan sebagai satu perkembangan politik yang perlu diteliti secara mendalam daripada sudut perundangan.
Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke Siew Fook menyatakan bahawa sebarang implikasi undang-undang yang timbul ekoran tindakan drastik kedua-dua bekas pemimpin kanan PKR itu harus diperhalusi sepenuhnya oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan, walaupun menghormati keputusan peribadi mereka yang mungkin didorong oleh rasa kecewa, prinsip asas dalam sistem demokrasi berparlimen menuntut seseorang wakil rakyat yang menang atas tiket parti untuk kekal berkhidmat sehingga tamat penggal.
"Walaupun saya menghormati pendirian mereka, mungkin dia kata sudah kecewa dan sebagainya, tetapi sepatutnya kena kekal sehingga akhir penggal.
"Sekarang mereka tahu pun, sekarang sudah lebih tiga tahun, letak jawatan pun tak ada Pilihan Raya Kecil (PRK). Jadi itu yang saya kata bahawa patutnya prinsipnya adalah apabila kita dah menang atas kapasiti parti, kita kena kekal sehingga akhir penggal," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen PH 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.
Terdahulu, Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan dan Nik Nazmi selaku Ahli Parlimen Setiawangsa mengesahkan pengunduran mereka daripada PKR berkuat kuasa esok bagi menerajui sebuah parti politik kecil, MU yang diasaskan di George Town, Pulau Pinang pada Disember 2016.
Ekoran tempoh mandat pentadbiran Parlimen semasa yang kini sudah pun melepasi had tiga tahun, peletakan jawatan secara serentak oleh kedua-dua tokoh politik terbabit secara teknikalnya tidak akan mencetuskan sebarang proses PRK di kedua-dua kawasan berkenaan.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 12:18 pm
PAU 2026: Sumbangan masa lalu tak cukup, UMNO perlu raih kepercayaan rakyat
September 10, 2026, 12:09 pm
PAU 2026: Kemenangan di Johor, Negeri Sembilan bukan untuk mendabik dada - Noraini
September 10, 2026, 11:48 am
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
September 10, 2026, 11:36 am
PAU 2026: Puteri UMNO desak wanita muda diberi ruang memimpin, buat keputusan
September 8, 2026, 10:23 am
Penyatuan PAS, UMNO boleh dicapai jika ada kompromi agihan kerusi PRU16
September 7, 2026, 10:27 am
Fadhli Shaari persoal tindakan PH buat laporan polis berhubung isu dakwaan campur tangan AS
September 6, 2026, 9:58 pm
Ab Rauf diberi mandat pilih rakan boleh beri kemenangan PRN Melaka
September 6, 2026, 3:33 pm
BN komited pastikan kestabilan negara, Zahid tiada masalah dengan Anwar
September 6, 2026, 3:30 pm
Tiada keperluan bubar Parlimen selagi PM Anwar ada sokongan majoriti - DAP
September 5, 2026, 7:46 pm
