Berita Politik
'Tikam dari belakang berulang kali' - Guan Eng dakwa BN, UMNO rakan tidak boleh dipercayai
KUALA LUMPUR 6 Mei – Ketegangan dalam kerajaan perpaduan terus memuncak apabila Penasihat DAP, Lim Guan Eng secara terbuka menyifatkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagai rakan kerjasama yang tidak boleh dipercayai.
Beliau turut menggesa rakyat menolak kedua-dua parti itu pada pilihan raya akan datang.
Merujuk percubaan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menggulingkan Menteri Besar Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, ia membuktikan gabungan tersebut sanggup mengketepikan kepentingan nasional demi manfaat politik peribadi.
"Jelas sekali BN dan UMNO telah menunjukkan diri mereka sebagai rakan kongsi yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan.
"Percubaan rampasan kuasa mereka di DUN Negeri Sembilan dengan menarik balik sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terhadap menteri besar yang sah dan bekerjasama dengan Adun Perikatan Nasional (PN) untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri Negeri Sembilan adalah satu contoh nyata," katanya dalam satu kenyataan.
Satu lagi, kata Lim, adalah kenyataan yang sering disebut bahawa BN dan UMNO akan bergerak secara bersendirian atau solo pada pilihan raya umum akan datang menentang PH walaupun mereka bekerjasama dan memegang jawatan kabinet utama dalam kerajaan perpaduan.
"Tikaman dari belakang yang berulang kali terhadap PH oleh BN dan Umno ini jelas menunjukkan bahawa mereka harus terus ditolak oleh rakyat," katanya.
Dalam satu temu bual pada 2 Mei lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan berkemungkinan besar BN akan bergerak solo namun pada masa sama mempunyai "persefahaman" dengan parti-parti lain.
"Kita telah pun solo selama ini, dalam PRU ke-14 dan ke-15. Dalam situasi akan datang, kemungkinan besar kita akan solo.
"Namun, kita perlu mengambil kira persefahaman dengan parti lain, terutama bagi mengelakkan pertindihan kerusi dan persaingan tiga penjuru," katanya yang juga adalah pengerusi BN.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
