Berita Berita
Ramanan seru rakyat hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail
KUALA LUMPUR 28 Mei – Sambutan Hari Raya Aidiladha perlu dijadikan platform untuk memperkukuh perpaduan serta semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, Aidiladha bukan sekadar sambutan ibadah korban, sebaliknya membawa mesej besar mengenai nilai keprihatinan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial.
Menurut beliau, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. turut mengajar rakyat mengenai kepentingan berkongsi, membantu dan berdiri bersama tanpa mengira perbezaan bangsa serta agama.
“Aidiladha bukan sekadar sambutan ibadah korban, tetapi juga hari untuk kita menghayati nilai keprihatinan, perpaduan dan tanggungjawab sesama masyarakat.
“Dalam kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di negara ini, Aidiladha membawa mesej besar tentang ihsan, kebersamaan dan saling menghormati,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H.
Beliau berkata, Malaysia akan terus kukuh sekiranya rakyat memilih perpaduan berbanding perpecahan serta terus menyemai semangat hormat-menghormati dan kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.
Katanya, kekuatan sebenar Malaysia MADANI terserlah apabila rakyat berganding bahu dan saling menyantuni tanpa mengira latar belakang.
“Marilah kita bersama-sama terus memelihara keharmonian dan perpaduan yang menjadi tunjang kestabilan negara.
“Semoga Aidiladha kali ini mengingatkan kita bahawa keamanan dan kemakmuran hanya dapat dipertahankan apabila rakyat terus bersatu hati dan saling memperkukuh antara satu sama lain,” katanya.
Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh rakyat Malaysia.
Berita berkaitan
May 28, 2026, 10:26 pm
LRT tergelincir, Anthony Loke arah hukuman paling maksimum terhadap Prasarana termasuk pecat
May 28, 2026, 6:58 pm
Lelaki maut ditanduk kerbau ketika ibadah korban di Ulu Tiram
May 28, 2026, 4:46 pm
Amaran cuaca: Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri, KL sehingga 6 petang ini
May 28, 2026, 4:31 pm
Pelajar perempuan 13 tahun lebam dipukul 5 rakan kumpulan WhatsApp 'Angel'
May 28, 2026, 4:01 pm
