Berita Berita
Hanya khabar angin, Rafizi nafi Nurul Izzah akan sertai parti BERSAMA
KUALA LUMPUR 28 Mei - Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan dakwaan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan menyertai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu antara lain menyifatkan dakwaan terbabit sebagai desas-desus tidak berasas.
"Itu (dakwaan Nurul Izzah sertai BERSAMA) rumour (khabar angin) kosong sahaja.
"Dia (Nurul Izzah) tidak akan join (sertai) BERSAMA," katanya ringkas menerusi ciapan di laman X.
Beliau berkata demikian mengulas desas-desus Nurul Izzah menyertai BERSAMA, susulan tugas Pengarah Pilihan Raya PKR yang digalas bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini diambil alih Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari.
Terdahulu, seorang pemilik akaun X, dipercayai ahli BERSAMA menggesa Rafizi supaya tidak menerima permohonan Nurul Izzah untuk menyertai parti itu.
Kelmarin, Amirudin dilaporkan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menggantikan Nurul Izzah dengan perkara itu diputuskan mesyuarat Biro Politik PKR, Isnin lalu.
Rombakan itu sebahagian daripada penyelarasan strategik PKR bagi melancarkan dan memperkukuh koordinasi proses kerja dalam persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.
Dalam fasa seterusnya, Nurul Izzah akan terus memainkan peranan strategik dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan keupayaan jentera pilihan raya PKR serta aliran kerja.
Berita berkaitan
May 28, 2026, 10:26 pm
LRT tergelincir, Anthony Loke arah hukuman paling maksimum terhadap Prasarana termasuk pecat
May 28, 2026, 6:58 pm
Lelaki maut ditanduk kerbau ketika ibadah korban di Ulu Tiram
May 28, 2026, 4:46 pm
Amaran cuaca: Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri, KL sehingga 6 petang ini
May 28, 2026, 4:31 pm
Pelajar perempuan 13 tahun lebam dipukul 5 rakan kumpulan WhatsApp 'Angel'
May 28, 2026, 12:29 pm
