Berita Berita
Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12
ALOR GAJAH 5 Jun – Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Melaka hari ini.
Pemasyhuran tersebut diumumkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat menerusi satu istiadat ringkas yang dihadiri beberapa tokoh adat dan kenamaan.
Dalam pengisytiharan itu, Maarof berkata pemilihan berkenaan dibuat mengikut peruntukan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
“Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dengan kuasa yang ada pada kami berkenan memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, berkuat kuasa serta-merta.
“Bersesuaian dengan pengisytiharan Undang Yang Empat yang dilakukan pada 19 April 2026. Sekian dimaklumkan,” katanya ketika majlis tersebut.
Tunku Nadzaruddin kemudiannya menyampaikan titah ringkas dengan merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam pemilihan tersebut.
“Bahawasanya beta Tuanku Nadzaruddin menjunjung kasih kepada Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin serta Datuk Syahbandar Sungai Ujong atas pemilihan dan pemasyhuran beta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12,” titah baginda.
Majlis itu turut disusuli dengan bacaan doa dan laungan “Daulat Tuanku” oleh tetamu yang hadir.
Antara yang kelihatan hadir ialah Tokoh Budaya dan Adat Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim serta beberapa individu yang mempunyai hubungan dengan institusi adat dan budaya Negeri Sembilan.
Pemasyhuran tersebut berlaku ketika isu berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi perhatian umum, susulan pendirian Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini menegaskan bahawa ia masih mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.
Perkembangan itu dijangka terus menjadi tumpuan pelbagai pihak memandangkan ia melibatkan institusi diraja dan peruntukan perlembagaan negeri.
Berita berkaitan
June 5, 2026, 8:34 pm
Kes malaria meningkat di Terengganu: KKM laksana saringan bersasar terhadap warga asing
June 5, 2026, 8:27 pm
Sekatan akses MyKhas Ahli Parlimen bersebab, permohonan rakyat tetap diproses
June 5, 2026, 8:22 pm
Lelaki Myanmar dakwa miliki MyKad, JPN buat laporan polis
June 5, 2026, 7:34 pm
Tiada rundingan rasmi UMNO-PAS, Ahmad Zahid sahkan hanya pertemuan wakil parti
June 5, 2026, 7:08 pm
Steven Sim sanjung Tok Ayah Rosli Othman sebagai murabbi masyarakat
June 5, 2026, 6:54 pm
Anwar arah tindakan tegas terhadap warga asing salah guna lesen perniagaan
June 5, 2026, 6:13 pm
Anwar lancar jentera PH Johor esok, tanda mula gerak kerja PRN
June 5, 2026, 5:44 pm
