Berita Berita
Nahas enam sekeluarga maut: Mahkamah tolak permohonan reman pemandu lori tanah
SUNGAI PETANI 8 Jun – Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menolak permohonan reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut di Kampung Baru Pinang Tunggal yang mengorbankan enam sekeluarga pada Ahad.
Keputusan itu dibuat Majistret Mohamad Azlan Basri terhadap lelaki berusia 49 tahun yang ditahan polis sejurus selepas kejadian bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah sebelum ini memaklumkan hasil saringan awal air kencing mendapati pemandu lori terbabit negatif dadah.
Menurut beliau, semakan turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai tujuh saman trafik, termasuk empat saman yang masih belum dijelaskan.
“Bagaimanapun, dia memiliki lesen memandu yang sah dan kelajuan lori ketika kejadian dianggarkan sekitar 60 kilometer sejam,” katanya.
Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut, termasuk mendapatkan laporan teknikal daripada agensi berkaitan.
Siasatan turut melibatkan pemeriksaan terhadap lori yang terbabit serta semakan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Dalam kejadian kira-kira tengah hari Ahad, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang dinaiki tujuh sekeluarga bertembung dengan sebuah lori membawa muatan tanah di Jalan Kampung Baru Pinang Tunggal.
Kemalangan itu mengorbankan enam mangsa termasuk seorang anggota polis dan seorang bayi, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terselamat namun mengalami kecederaan parah.
Difahamkan, Proton X50 yang dinaiki keluarga tersebut merupakan kenderaan baharu yang baru sahaja diambil dari pusat jualan beberapa jam sebelum nahas berlaku.
Polis turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga siasatan lengkap diperoleh.
Berita berkaitan
June 8, 2026, 12:17 pm
Sebar video lucah bekas suami: Wanita didenda RM2,800
June 8, 2026, 12:13 pm
Mara heret peminjam culas ke mahkamah demi bantu lebih ramai pelajar miskin, usahawan
June 8, 2026, 12:07 pm
Bomba terima laporan gegaran di Tawau, pemantauan pantai diperketat susulan amaran tsunami
June 8, 2026, 12:04 pm
Anwar bimbang lambakan perniagaan haram warga asing, arah tindakan bersepadu segera
June 8, 2026, 10:47 am
Kerajaan sasar lahirkan 'Prompt Engineer' di setiap 1,098 pusat NADI seluruh negara
June 8, 2026, 10:33 am
Tsunami dijangka landa Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu - MetMalaysia
June 8, 2026, 8:35 am
