Berita Berita
'Kita tak pilih jadi kaum dan warna kulit apa' - Anwar tegur sikap angkuh tolak penyertaan parti dalam kerajaan
PUTRAJAYA 8 Jun – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan menafikan hak mana-mana parti atau kaum untuk menyertai kerajaan sebagai satu sikap angkuh yang bertentangan dengan prinsip demokrasi dan semangat Perlembagaan.
Beliau berkata, dalam sistem demokrasi, semua pihak perlu menghormati mandat yang telah diberikan rakyat melalui pilihan raya, termasuk hak parti-parti yang dipilih untuk bersama membentuk kerajaan.
“Agak angkuh atau sombong untuk kita membuat keputusan menafikan hak mana-mana kaum atau parti untuk menyertai dan bersama dalam gagasan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Komunikasi sempena Perhimpunan Bulanan kementerian itu hari ini.
Menurut Anwar, kenyataan sedemikian tidak seharusnya timbul kerana kerajaan perlu mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Beliau berkata, soal siapa yang berada bersama dalam kerajaan atau kementerian tidak boleh ditentukan berdasarkan sentimen sempit, sebaliknya perlu berpandukan prinsip Perlembagaan dan keputusan rakyat.
Anwar turut mengakui suasana kempen politik yang hangat kadangkala menyebabkan sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan melampau, namun berharap perkara itu diperbetulkan demi menjaga keharmonian negara.
“Saya harap itu satu keterlanjuran yang harus diperbetulkan kerana ia tidak membawa maksud yang baik,” katanya.
Kenyataan tersebut dilihat sebagai peringatan kepada mana-mana pihak yang mempertikaikan kehadiran parti tertentu dalam kerajaan, termasuk rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk berdasarkan mandat dan realiti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau menegaskan bahawa kekuatan negara terletak pada kemampuan semua pihak untuk menerima kepelbagaian serta menghormati hak setiap kaum dan parti untuk mengambil bahagian dalam proses pentadbiran negara.
Berita berkaitan
June 8, 2026, 1:56 pm
Dua beradik jatuh pangsapuri di Tampoi, saksi dakwa dengar dua dentuman kuat
June 8, 2026, 12:17 pm
Sebar video lucah bekas suami: Wanita didenda RM2,800
June 8, 2026, 12:13 pm
Mara heret peminjam culas ke mahkamah demi bantu lebih ramai pelajar miskin, usahawan
June 8, 2026, 12:07 pm
Bomba terima laporan gegaran di Tawau, pemantauan pantai diperketat susulan amaran tsunami
June 8, 2026, 12:04 pm
Anwar bimbang lambakan perniagaan haram warga asing, arah tindakan bersepadu segera
June 8, 2026, 11:42 am
Nahas enam sekeluarga maut: Mahkamah tolak permohonan reman pemandu lori tanah
June 8, 2026, 10:47 am
Kerajaan sasar lahirkan 'Prompt Engineer' di setiap 1,098 pusat NADI seluruh negara
June 8, 2026, 10:33 am
