TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sebar video lucah bekas suami: Wanita didenda RM2,800

By
|
Kongsi
image

MELAKA 8 Jun – Seorang wanita didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah menyebarkan gambar dan video lucah membabitkan bekas suaminya bersama seorang wanita lain pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Puteri Norfatimah Ishak, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan memiliki bahan lucah dalam sebuah telefon bimbit jenis iPhone di tepi Jalan Ayer Keroh Lama pada 11 Januari lalu dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikurangkan sambil menangis dan memberi alasan bertindak mengikut emosi kerana baharu keguguran selain perlu menanggung ibu bapa.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman berat sebagai pengajaran kerana perbuatan menyebarkan video seks yang dirakam tanpa pengetahuan mangsa kepada ahli keluarganya itu telah mencabuli maruah serta privasi individu terlibat.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda, di samping memerintahkan barang kes dilupuskan.

+ - reset