Berita Berita
KPM kurangkan sewa kantin 50 peratus selama enam bulan bantu kekalkan harga makanan
KUALA LUMPUR 9 Jun – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberikan pengurangan kadar sewaan kantin sekolah dan institusi pendidikan di bawah kementerian itu sebanyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan langkah tersebut dilaksanakan sebagai usaha membantu pengusaha kantin mengekalkan harga makanan yang berpatutan di samping memastikan kualiti makanan yang disediakan kepada murid serta warga sekolah terus terpelihara.
Menurut kementerian itu, inisiatif berkenaan turut mengambil kira cabaran peningkatan kos sara hidup dan tekanan kos operasi yang dihadapi pengusaha kantin susulan ketidaktentuan ekonomi serta krisis bekalan global ketika ini.
“Pengurangan sewaan kantin sebanyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan ini merupakan langkah membantu pengusaha kantin mengekalkan harga makanan yang berpatutan serta menyediakan makanan berkualiti kepada murid dan warga sekolah.
“Inisiatif ini juga dilaksanakan khusus bagi mendepani cabaran kos sara hidup yang terkesan akibat krisis bekalan global semasa,” menurut kenyataan itu.
KPM berkata, langkah tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan murid dan warga sekolah terus diberi perhatian tanpa mengabaikan kelangsungan operasi pengusaha kantin.
Menurut kementerian itu, usaha berkenaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat serta akses kepada makanan yang berkualiti dalam persekitaran pendidikan yang kondusif.
Pengurangan kadar sewaan itu dijangka dapat memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah di seluruh negara selain membantu mengawal kenaikan harga makanan yang dijual kepada murid dan pelajar.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 8:12 pm
Guru lelaki didakwa buat amang seksual fizikal pelajar tingkatan satu
June 15, 2026, 8:07 pm
Pasangan suami isteri warga emas maut, motosikal dirempuh Kancil masuk simpang
June 15, 2026, 8:00 pm
Operasi LRT3 dijangka bermula hujung bulan ini, tarikh rasmi diumumkan dua minggu lagi
June 15, 2026, 6:43 pm
Pelarian Rohingya tiada subsidi, menteri tegaskan caj rawatan sama dengan warga asing lain
June 15, 2026, 6:38 pm
Program UMP: Kerajaan tanggung sepenuhnya kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai
June 15, 2026, 1:50 pm
El Niño berlarutan hingga 2027: Bomba siap siaga penuh, pantau titik panas secara agresif
June 15, 2026, 1:43 pm
Takiyuddin persoal Azlan Johar direhatkan pengulas Piala Dunia RTM selepas sertai PAS
June 15, 2026, 12:05 pm
Tiga lokasi di Selayang diserbu, 52 warga asing termasuk tiga kanak-kanak ditahan
June 15, 2026, 11:19 am
