Berita Berita
Mohd Hisyamuddin dilantik Ketua Pengarah J-KOM baharu berkuat kuasa semalam
KUALA LUMPUR 9 Jun – Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Mohd Hisyamuddin Ghazali secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baharu bagi menggantikan Datuk Ismail Yusop yang telah menamatkan perkhidmatannya pada Ahad lalu.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengesahkan bahawa pelantikan tersebut berkuat kuasa semalam melalui satu hantaran di laman Facebook beliau yang turut memaparkan sesi penyerahan watikah dengan disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Shamsul Azri turut menzahirkan harapan agar kepimpinan baharu ini dapat terus cemerlang dalam menggalas amanah bagi memperkukuh sistem komunikasi kerajaan yang berkesan serta diyakini oleh seluruh rakyat.
Dalam hantaran yang sama, beliau tidak ketinggalan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ismail atas segala jasa dan sumbangan bakti yang telah dicurahkan sepanjang lebih setahun menerajui jabatan berkenaan serta mendoakan agar beliau terus aktif menyumbang kepada negara pada masa hadapan.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 8:12 pm
Guru lelaki didakwa buat amang seksual fizikal pelajar tingkatan satu
June 15, 2026, 8:07 pm
Pasangan suami isteri warga emas maut, motosikal dirempuh Kancil masuk simpang
June 15, 2026, 8:00 pm
Operasi LRT3 dijangka bermula hujung bulan ini, tarikh rasmi diumumkan dua minggu lagi
June 15, 2026, 6:43 pm
Pelarian Rohingya tiada subsidi, menteri tegaskan caj rawatan sama dengan warga asing lain
June 15, 2026, 6:38 pm
Program UMP: Kerajaan tanggung sepenuhnya kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai
June 15, 2026, 1:50 pm
El Niño berlarutan hingga 2027: Bomba siap siaga penuh, pantau titik panas secara agresif
June 15, 2026, 1:43 pm
Takiyuddin persoal Azlan Johar direhatkan pengulas Piala Dunia RTM selepas sertai PAS
June 15, 2026, 12:05 pm
Tiga lokasi di Selayang diserbu, 52 warga asing termasuk tiga kanak-kanak ditahan
June 15, 2026, 11:19 am
