TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ritual kematian di pantai Padang Temu: MBMB serah notis kepada ketua sami

By
|
Kongsi
image

MELAKA 9 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyerahkan notis amaran kepada seorang ketua sami yang mengendalikan ritual kematian masyarakat Hindu di pesisir pantai Taman Residence 8, Padang Temu semalam kerana kawasan itu tidak dibenarkan.

Datuk Bandar Melaka, Datuk Shadan Othman mengesahkan tindakan itu diambil susulan aduan penduduk yang membawa kepada kehadiran penguat kuasa bersama polis bagi mengarahkan upacara oleh penganut luar Melaka itu dihentikan serta-merta.

Pemeriksaan lanjut mendapati tiada abu mayat dibuang seperti yang dibimbangi ramai, sebaliknya hanya melibatkan tinggalan bahan seperti beras, bunga, dan belanga yang kini telah dibersihkan sepenuhnya oleh penganjur sebelum mereka beredar.

Bagi menjaga keselesaan penduduk, MBMB mempertimbangkan pemasangan papan tanda larangan di situ selain merancang berbincang dengan Pengerusi MIC Melaka, Datuk VP Shanmugam bagi mencari lokasi alternatif yang lebih sesuai dan diwartakan.

+ - reset