TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis terima 28 laporan mangsa penipuan ulat tiket konsert BTS

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Jun – Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak membeli tiket konsert kumpulan K-pop terkemuka, BTS, daripada sumber tidak rasmi mahupun ulat tiket bagi mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penipuan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mendedahkan bahawa pihaknya telah menerima sebanyak 28 laporan polis berkaitan kes penipuan pembelian tiket konsert kumpulan itu secara dalam talian sejak bulan April lalu.

Siasatan awal mendapati kebanyakan mangsa terpedaya selepas bertindak membeli tiket melalui ejen tidak dikenali di media sosial yang menawarkan harga kononnya jauh lebih murah berbanding harga rasmi.

Isu ini mula timbul selepas tiket bagi konsert yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini habis terjual dalam tempoh yang singkat, sekali gus membuka ruang kepada penjenayah untuk mengaut keuntungan mudah.

Susulan itu, orang ramai digesa supaya hanya membuat urusan pembelian melalui halaman rasmi penganjur yang mana harga asal tiket yang ditetapkan adalah bermula daripada RM338 sehingga RM1,288 sahaja.

+ - reset