TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Flat tular Hulu Langat pernah digempur pihak berkuasa, 42 warga asing ditahan

By
|
Kongsi
image

KAJANG, 9 Jun – Polis mengesahkan penahanan seramai 42 warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah dalam satu operasi bersepadu di kawasan struktur bangunan bertingkat di Kampung Kenangan, Sungai Makau, Hulu Langat yang kini tular di media sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, tindakan penguatkuasaan menerusi Ops Kutip itu telah dilaksanakan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen Negeri Selangor.

"Kita berjaya menahan seramai 42 warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah melibatkan 35 lelaki, tiga wanita, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa kesemua tangkapan telah disiasat oleh Jabatan Imigresen di bawah Seksyen 51(3)(a) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) akta yang sama di Depot Imigresen.

"Dalam masa sama, pihak berkuasa turut mengeluarkan satu Borang IMM 29 iaitu Saman Kepada Saksi serta satu Borang Geledah di bawah Seksyen 51(1) Akta Imigresen 1959/63 kepada seorang lelaki tempatan yang dipercayai anak pemilik rumah di lokasi terbabit bagi membantu siasatan," katanya lagi.

Naazron menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya melalui talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-89114243.

+ - reset