TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jaslinda dibenar keluar hospital, luah syukur dan mohon maaf susahkan pasukan SAR

By
|
Kongsi
image

TAPAH 9 Jun – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang sebelum ini di Gunung Batu Putih, meluahkan rasa syukur selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tapah hari ini selepas menerima rawatan selama tiga hari.

Jaslinda dilihat keluar dari wad perempuan pada jam 1.50 petang dalam keadaan bertongkat dengan kaki kiri berbalut sebelum menaiki kenderaan yang dipandu suaminya, Haszman Othman.

Sambil menzahirkan penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatannya, beliau turut memohon maaf kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kerana tidak berniat untuk menyusahkan mana-mana pihak.

Jaslinda turut memaklumkan bahawa beliau akan tampil memberikan penjelasan lanjut berhubung beberapa dakwaan tidak benar yang tular sepanjang kehilangannya sebaik sahaja diberikan ruang untuk berehat di rumah.

+ - reset