TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perpisahan Pas-Bersatu sudah dijangka, Ahmad Zahid tuntut keikhlasan politik

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 9 Jun – Keputusan mengejut Pas untuk menamatkan serta-merta kerjasama politik dengan Bersatu merupakan satu perkara yang sememangnya telah dijangka oleh kepimpinan UMNO sebelum ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai satu pengajaran bahawa sebarang bentuk kolaborasi politik memerlukan keikhlasan jangka panjang tanpa ada unsur pengkhianatan.

Beliau menegaskan sebarang penyatuan yang dilakukan pada masa hadapan mestilah bukan sekadar berasaskan tandatangan di atas kertas atau baiah semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan demi kemaslahatan negara bangsa.

Mengulas mengenai pertemuan antara UMNO dan Pas pada 4 Jun lalu, Ahmad Zahid menyifatkannya sebagai inisiatif positif untuk merungkai permasalahan semasa yang tidak hanya tertumpu kepada agenda politik semata-mata.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa UMNO akan tetap menghormati asas sedia ada untuk terus kekal berada di bawah payung pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang terbentuk ketika ini.

+ - reset