TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

CTOS SME Biz Day 2026 himpun lebih 1,500 usahawan, fokus perkasa PMKS

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

PETALING JAYA 9 Jun– Lebih 1,500 pengasas perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS), pemilik perniagaan, pembuat dasar, wakil agensi kerajaan serta rakan ekosistem pembiayaan dan teknologi berhimpun dalam CTOS SME Biz Day 2026 edisi Petaling Jaya yang berlangsung di One World Hotel pagi tadi.

Acara yang dirasmikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu merupakan siri pertama daripada tiga lokasi yang turut melibatkan Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Amir Hamzah menegaskan bahawa PKMS kekal menjadi keutamaan dalam agenda ekonomi negara memandangkan sektor itu mewakili 97 peratus daripada semua perniagaan

"PKNS menyediakan 70 peratus peluang pekerjaan serta menyumbang kira-kira 48 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai RM652 bilion pada tahun 2024,"jelasnya.

Menurut beliau, kerajaan komited memperkukuhkan perniagaan kecil melalui pelbagai inisiatif termasuk peluasan akses pembiayaan menerusi Dana PKS Bank Negara Malaysia dan skim jaminan SJPP serta Geran Digitalisasi PKS oleh SME Corp Malaysia.

Selain itu, kerajaan turut melaksanakan e-Invois oleh LHDN dan memperkenalkan Akta Kredit Pengguna 2025 yang memperkukuhkan perlindungan kewangan kepada perniagaan serta pengguna.

Beliau turut mengiktiraf peranan infrastruktur data kredit dalam menyokong keterangkuman kewangan dengan memastikan maklumat kredit yang sahih, mudah diakses dan dipercayai.

"Ia dapat membantu peminjam membuat keputusan lebih baik serta membolehkan perniagaan yang mempunyai rekod kredit sihat mendapatkan pembiayaan dengan terma yang adil," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Ankur Sehgal berkata, akses kepada maklumat yang dipercayai merupakan asas kepada ekonomi yang lebih cekap dan inklusif serta membolehkan perniagaan membuat keputusan yang lebih baik berasaskan data. 

Pada acara sama, CTOS turut memperkenalkan CMX, generasi baharu CTOS Credit Manager yang direka bagi membantu perniagaan memantau risiko pelanggan, membuat keputusan kredit lebih bijak dan melindungi aliran tunai mereka. 

CMX dibangunkan dengan antara muka lebih moden dan intuitif, alat sokongan keputusan berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti risiko lebih awal serta keupayaan pemantauan yang dipertingkatkan bagi menyediakan amaran dan tindakan lebih pantas.

Pelancaran penuh platform itu dijadualkan pada penghujung 2026. 

+ - reset