TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan Madani komited pertahan sekolah vernakular - Wong Kah Woh

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

Puchong 9 Jun– Kerajaan Madani menegaskan komitmennya untuk terus mempertahankan kewujudan sekolah vernakular di negara ini dan tidak akan menutup mana-mana sekolah sepanjang tempoh pemerintahannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, sekolah vernakular mempunyai legasi dan sejarah yang penuh makna kepada masyarakat negara ini.

Menurutnya, masih terdapat pihak yang mempersoalkan kewujudan sekolah vernakular serta menggesa supaya sekolah Tamil dan sekolah Cina ditutup.

“Selalunya dalam setahun dua atau tiga kali, rakan-rakan akan dengar kata-kata sebegini sama ada oleh orang politik yang tidak bertanggungjawab.

“Namun komitmen daripada Kerajaan Madani adalah jelas dan pendirian kerajaan amat mantap berkenaan isu ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Kebenaran Pembinaan Sekolah Gantian Penuh SJKT Castlefield.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memberikan perlindungan yang sebesar-besarnya kepada kewujudan sekolah vernakular kerana ia selaras dengan Akta Pendidikan dan falsafah pendidikan negara.

“Apabila kita sebut mengenai kewujudan sekolah-sekolah vernakular, tak kiralah sekolah Cina ataupun sekolah Tamil, kita tetap menikmati dan memberikan perlindungan yang sebesar-besarnya kepada kewujudan sekolah-sekolah vernakular di negara kita,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa tiada sekolah akan ditutup sepanjang tempoh pemerintahan Kerajaan Madani.

“Komitmen daripada Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Kerajaan Madani dan KPM tidak akan menutup mana-mana sekolah pun dalam tempoh pemerintahan kita.

"Ini komitmen daripada Kerajaan Madani,” katanya. 

Beliau berkata, dengan komitmen tersebut, pihak sekolah, lembaga pengelola sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh memberikan tumpuan sewajarnya terhadap usaha membangunkan pendidikan di sekolah masing-masing. 

+ - reset