TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Saman punya pasal: Lelaki maki, provokasi polis ditahan reman tiga hari

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Jun – Tindakan seorang lelaki tempatan melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang sedang bertugas membawa padah apabila dia ditahan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, kejadian berlaku semalam apabila suspek berusia 25 tahun itu tidak berpuas hati selepas kenderaannya jenis Proton Preve disaman atas kesalahan lalu lintas.

Suspek bertindak merakam video menggunakan telefon bimbit selain melakukan provokasi melampau ke atas anggota terlibat sebelum rakaman insiden berkenaan menjadi tular di beberapa platform media sosial.

Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dari IPD Sentul menahan suspek di Jalan Dato Senu serta merampas sebuah telefon bimbit Infinix yang dipercayai digunakan untuk merakam kejadian tersebut.

Suspek kini direman selama tiga hari sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

+ - reset