TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Harga minyak dunia turun, kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kerajaan memberi jaminan akan terus mengekalkan penyelarasan sementara kuota inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada kadar 200 liter sebulan dengan harga subsidi RM1.99 seliter buat masa ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, struktur pengagihan dan harga itu tidak akan berubah biarpun pasaran minyak dunia mencatatkan penurunan bulan ini sekitar AS$95 hingga AS$98 setong berbanding paras AS$120 sebelum ini.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun kejatuhan harga minyak dunia tersebut sedikit sebanyak mengurangkan impak tanggungan subsidi kerajaan, tiada sebarang anjakan atau perubahan ketetapan dibuat terhadap inisiatif BUDI95 buat masa sekarang.

Kenyataan itu menyusul selepas agensi Fitch Ratings meramalkan harga minyak mentah Brent berpotensi jatuh sehingga AS$70 setong menjelang September ini sekiranya Selat Hormuz dibuka semula, dengan purata unjuran harga global kekal sekitar AS$87 setong untuk tahun 2026.

Amir Hamzah ditemui media selepas menghadiri persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur 2026 yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Hotel Mandarin Oriental, hari ini.

+ - reset