Berita Berita
Pukat nelayan tersangkut tengkorak manusia di perairan Sedili
KOTA TINGGI 9 Jun – Rutin harian seorang nelayan di perairan Sedili bertukar cemas apabila pukat yang dilabuhkannya menaikkan satu tengkorak manusia pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan tersebut daripada orang awam pada jam 8.10 malam kelmarin.
Siasatan awal mendapati objek berkenaan ditemui oleh seorang tekong bot berusia 44 tahun kira-kira jam 3 pagi, 6 Jun lalu di kedudukan koordinat N: 01.53.000 E: 103.25.000 sebelum bertindak menyerahkannya kepada pihak polis.
Hasil pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Forensik Hospital Kota Tinggi, Dr. Zubair Abdul Razak mengesahkan bahawa tengkorak tersebut dipercayai milik seorang lelaki dewasa yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.
Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM). Pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi Ketua Polis Balai Kuala Sedili, Sarjan Mejar Mohammad Aizat Ahmad di talian 018-2464667.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 8:12 pm
Guru lelaki didakwa buat amang seksual fizikal pelajar tingkatan satu
June 15, 2026, 8:07 pm
Pasangan suami isteri warga emas maut, motosikal dirempuh Kancil masuk simpang
June 15, 2026, 8:00 pm
Operasi LRT3 dijangka bermula hujung bulan ini, tarikh rasmi diumumkan dua minggu lagi
June 15, 2026, 6:43 pm
Pelarian Rohingya tiada subsidi, menteri tegaskan caj rawatan sama dengan warga asing lain
June 15, 2026, 6:38 pm
Program UMP: Kerajaan tanggung sepenuhnya kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai
June 15, 2026, 1:50 pm
El Niño berlarutan hingga 2027: Bomba siap siaga penuh, pantau titik panas secara agresif
June 15, 2026, 1:43 pm
Takiyuddin persoal Azlan Johar direhatkan pengulas Piala Dunia RTM selepas sertai PAS
June 15, 2026, 12:05 pm
Tiga lokasi di Selayang diserbu, 52 warga asing termasuk tiga kanak-kanak ditahan
June 15, 2026, 11:19 am
