Berita Berita
Bangkai tikus sebelah peti ais, restoran tomyam di Bemban diarah tutup
JASIN 23 Jun – Taraf kebersihan yang amat menjijikkan dan kotor. Itu gambaran situasi sebuah restoran masakan tomyam di Bemban selepas pihak berkuasa menemukan bangkai tikus berhampiran peti ais penyimpanan stok bahan mentah dalam satu serbuan Ops Santap oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron memaklamkan bahawa penemuan bangkai haiwan perosak itu dikesan hasil operasi bersepadu yang digerakkan oleh Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasaan MPHTJ dengan memfokuskan premis makanan di sekitar Batu Berendam dan Bemban.
Hasil pemeriksaan fizikal mendapati premis makanan yang beroperasi di Taman Bemban Utama itu secara keseluruhannya gagal memenuhi piawaian komponen kebersihan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pihak pengurusan MPHTJ melahirkan rasa kesal dan bimbang dengan situasi tersebut memandangkan aspek kebersihan premis serta tahap keselamatan makanan sepatutnya menjadi parameter keutamaan yang tidak boleh diabaikan oleh mana-mana pengusaha industri makanan dan minuman (F&B).
Mengulas lanjut mengenai profilan premis terbabit, Sapiah mendedahkan bahawa restoran tomyam berkenaan didapati mempunyai rekod buruk lampau melibatkan sebanyak 24 saman kompaun atas pelbagai jenis kesalahan.
Daripada jumlah keseluruhan penalti tersebut, sebanyak 12 kompaun telah pun diselesaikan pemenuhannya oleh pemilik premis, manakala baki 12 kes kompaun lagi masih tertunggak dan kini sedang dikesan untuk tindakan susulan oleh pasukan petugas kutipan kompaun Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan (JPK) MPHTJ.
Secara menyeluruh, pelaksanaan Ops Santap di lokaliti Batu Berendam dan Bemban ini dijayakan bagi memastikan setiap pemilik premis perniagaan sentiasa patuh kepada syarat pengeluaran lesen serta garis panduan perundangan yang dikuatkuasakan oleh PBT.
Majoriti kompaun yang dikeluarkan sepanjang operasi tersebut dikesan berpunca daripada isu pelanggaran syarat lesen perniagaan. Pihak MPHTJ menegaskan komitmen akan terus menjalankan aktiviti pemantauan rapik serta penguatkuasaan berkala demi menjamin persekitaran ekosistem perniagaan yang teratur, selamat, dan berintegriti di negeri ini.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 1:14 pm
Anwar arah jentera PH kempen berhemah, pilih wakil rakyat pentingkan Johor
June 23, 2026, 1:09 pm
Putus jari telunjuk gara-gara didakwa curi telefon bimbit
June 23, 2026, 11:49 am
Mahkamah sahkan Aslam, Marissa bukan lagi suami isteri
June 23, 2026, 11:13 am
NRES tidak kompromi kes pemindahan gajah Zoo Taiping ke Jepun berharga RM53 juta
June 23, 2026, 10:34 am
SPAN tidak tolak wujud pelanggaran SOP dalam insiden pelajar 'intern' lemas dalam kolam tangki
June 23, 2026, 10:25 am
Polis buru lelaki menyamar anggota keselamatan bawa senjata tiruan di Kepong
June 23, 2026, 9:48 am
Polis tahan lelaki tiba-tiba tumbuk muka bekas isteri depan anak
June 23, 2026, 9:30 am
