TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis tahan lelaki tiba-tiba tumbuk muka bekas isteri depan anak

By
|
Kongsi
image

KAJANG 23 Jun - Polis menahan seorang pemandu e-hailing yang disyaki memukul bekas isterinya di kawasan tempat letak kenderaan awam berhampiran Balai Polis Bandar Baru Bangi dalam kejadian yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.51 petang semalam.

Menurut beliau, polis turut mengesan satu rakaman video yang tular di platform media sosial Threads yang dipercayai memaparkan insiden berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 6.20 petang tadi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga bekas suami mangsa.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi esok untuk permohonan reman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Ami di talian 011-2966 7474 bagi membantu siasatan.

+ - reset