Berita Berita
Mahkamah sahkan Aslam, Marissa bukan lagi suami isteri
KUALA LUMPUR 23 Jun - Pasangan pempengaruh Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, dan isteri kedua, Marissa Dania Hakim, 21, kini sah bukan suami dan isteri.
Keputusan itu disahkan Hakim Syarie Nadia Khamis pada prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Ahmad Aslam berkata, dia menyifatkan keputusan mahkamah dalam semua perbicaraan yang dilalui selama ini adalah yang terbaik.
"Saya harap orang ramai tidak lagi berkata apa-apa selepas ini terutama yang buruk dan negatif (tentang perpisahan mereka). Kadang-kadang perkara ini pun membabitkan isteri (pertama) saya, Umisya Mazlan dan anak-anak juga.
"Jadi, kali ini saya dan Marissa juga. Alhamdulillah Allah sudah beri keputusan yang insya-Allah terbaik untuk kita berdua dan saya minta tiada lagi perkara negatif yang timbul," katanya ketika ditemui, di sini.
Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata itu enggan mengulas jumlah talak yang dijatuhkan terhadap Marissa.
"Tidak apalah, itu (jumlah talak) saya tak boleh nak ulas lebih lanjut dan tidak perlu. Apapun, insya-Allah saya doakan yang terbaik buat Marissa.
"Semoga apa yang sudah berlaku ini menjadi pengajaran buat kita berdua dan untuk semua orang yang tengok. Itu sahaja dan saya tidak ada apa-apa nak komen lagi, terima kasih," katanya.
Pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah ini bagi tujuan pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Difahamkan, ketika perkahwinan itu Aslam masih berstatus suami kepada Umisya dan perkahwinan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga termasuk ibu bapa Marissa iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.
Bagaimanapun, Aslam yang diwakili peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri difahamkan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk terhadap Marissa pada awal Mac lalu.
Sebelum ini, Muhammad Ammar dilapor berkata anak guamnya pernah melafazkan dua kali lafaz cerai dan rujuk kepada Marissa pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.
Aslam kemudian difahamkan ada melafazkan cerai kali kedua terhadap Marissa pada April tahun lalu dan mereka kembali rujuk semula.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 1:14 pm
Anwar arah jentera PH kempen berhemah, pilih wakil rakyat pentingkan Johor
June 23, 2026, 1:09 pm
Putus jari telunjuk gara-gara didakwa curi telefon bimbit
June 23, 2026, 11:25 am
Bangkai tikus sebelah peti ais, restoran tomyam di Bemban diarah tutup
June 23, 2026, 11:13 am
NRES tidak kompromi kes pemindahan gajah Zoo Taiping ke Jepun berharga RM53 juta
June 23, 2026, 10:34 am
SPAN tidak tolak wujud pelanggaran SOP dalam insiden pelajar 'intern' lemas dalam kolam tangki
June 23, 2026, 10:25 am
Polis buru lelaki menyamar anggota keselamatan bawa senjata tiruan di Kepong
June 23, 2026, 9:48 am
Polis tahan lelaki tiba-tiba tumbuk muka bekas isteri depan anak
June 23, 2026, 9:30 am
