Berita Sukan
GP Belanda: Masalah cengkaman tayar ragut peluang podium Hakim Danish di Litar Assen
KUALA LUMPUR 29 Jun – Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli kini mula meletakkan dirinya sebagai antara pencabar yang digeruni dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto3 musim ini, meskipun terlepas peluang menaiki podium pada Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen, semalam.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mempamerkan aksi bertenaga dan pemanduan matang apabila berjaya bangkit daripada petak permulaan ke-16 untuk menamatkan perlumbaan sengit 25 pusingan itu di kedudukan ketujuh.
Sepanjang perlumbaan, keupayaan pelumba berusia 18 tahun itu bersaing hebat dalam kelompok hadapan bukan sahaja mengukuhkan reputasinya, malah nama beliau kerap kali menjadi sebutan pengulas rasmi perlumbaan ekoran keberaniannya mencabar barisan pelumba terbaik dunia.
Bagaimanapun, impian Hakim Danish untuk merangkul podium kedua berturut-turut selepas kejayaan di GP Republik Czech lebur apabila beliau mula berdepan masalah teknikal membabitkan cengkaman tayar belakang pada lima pusingan terakhir, ketika sedang rancak bersaing dalam kelompok tiga terbaik.
"Syukur Alhamdulillah, saya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh. Saya bagi segala-galanya dari pusingan pertama hingga penamat. Memang saya mahukan podium, tetapi bukan rezeki saya kali ini. Apa pun saya gembira dengan keputusan ini kerana saya terus memberikan tekanan sepanjang perlumbaan.
"Cuma pada lima pusingan terakhir saya mula bergelut dengan cengkaman tayar belakang yang semakin haus. Saya akan terus belajar untuk perlumbaan seterusnya dan cuba memberikan yang lebih baik," katanya.
Semangat juang tinggi yang dipamerkan anak jati negara itu mengundang pelbagai reaksi positif dan pujian meluas daripada peminat sukan permotoran tempatan di media sosial yang kagum dengan kebolehannya mengawal jentera dalam situasi kritikal.
Rata-rata penyokong optimis bahawa pengalaman berharga di Litar Assen ini akan menjadi tonik terbaik buat Hakim Danish untuk kembali memburu penamat di pentas podium pada perlumbaan GP Jerman yang dijadualkan berlangsung di Litar Sachsenring pada 12 Julai depan.
Tambahan sembilan mata berharga yang dikutip di Belanda itu membolehkan Hakim Danish melonjak ke tangga keenam keseluruhan carta kejuaraan dunia Moto3 dengan mengumpul 82 mata, sekali gus berjaya memintas kedudukan pelumba Indonesia, Veda Pratama yang berkongsi jumlah mata yang sama.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 9, 2026, 9:57 am
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
