Berita Sukan
Paraguay umum cuti, 3 bintang kelab gergasi punca Jerman balik awal
FOXBOROUGH 30 JUN - Tiada sebarang urusan rasmi atau kerja boleh dilakukan di Paraguay pada 30 Jun, selepas Presiden Santiago Pena mengisytiharkan cuti umum susulan kejayaan luar biasa skuad kebangsaan mereka menyingkirkan gergasi bola sepak dunia, Jerman di pentas Piala Dunia 2026.
Keputusan itu diumumkan selepas skuad Albirroja melakar kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak negara itu dengan menewaskan Jerman 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan dalam aksi pusingan 32 terakhir di Foxborough, Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi.
Melalui kuasa eksekutif yang membenarkan cuti tambahan tiga hari setahun, Presiden Pena dengan penuh semangat menegaskan bahawa Paraguay adalah sebuah negara yang tidak pernah menyerah kalah.
Kekalahan skuad kendalian Julian Nagelsmann itu berpunca daripada kegagalan tiga bintang utama daripada kelab gergasi Eropah semasa penentuan sepakan penalti.
Kai Havertz yang merupakan bintang Arsenal, Nick Woltemade dari Newcastle United,dan Jonathan Tah daripada Bayer Munich menjadi watak tumpuan apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Dalam perlawanan itu, Paraguay terlebih dahulu mengejutkan juara dunia empat kali apabila penyerang Brighton, Julio Enciso, menanduk masuk gol pembukaan pada penghujung babak pertama hasil hantaran lintang Matias Galarza.
Jaringan itu amat bermakna kerana ia merupakan gol pertama Paraguay dalam fasa kalah mati Piala Dunia sejak edisi 2002.
Jerman kemudiannya memperkemaskan permainan pada babak kedua dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-54 menerusi tandukan lencong Kai Havertz, hasil hantaran kemas Florian Wirtz.
Jerman hampir meraikan kemenangan pada masa tambahan apabila Jonathan Tah menjaringkan gol, namun kegembiraan mereka diragut selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) membatalkan jaringan tersebut ekoran kekasaran yang dilakukan oleh Waldemar Anton ke atas penjaga gol Paraguay.
Kekalahan memalukan itu menyaksikan Jerman melakar sejarah hitam buat pertama kali tewas dalam penentuan sepakan penalti di pentas Piala Dunia, sekali gus tersingkir awal selepas baru sahaja kembali ke pusingan kalah mati sejak bergelar juara pada 2014.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 9, 2026, 9:57 am
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
