Berita Sukan
Skrip dramatik Belgium, AS menanti di pusingan 16 terbaik
SEATTLE 2 JULAI - Belgium berjaya melakar kebangkitan luar biasa untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia selepas menumbangkan Senegal 3-2 dalam aksi penuh dramatik yang diheret sehingga ke masa tambahan, hari ini.
Skuad kendalian Rudi Garcia itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum Youri Tielemans muncul wira dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-125 untuk menghadiahkan kemenangan mutlak buat wakil Eropah tersebut.
Sebelum itu, Senegal mengejutkan Belgium apabila mendahului perlawanan pada minit ke-25 menerusi Habib Diarra yang bijak menyambar bola muntah susulan tandukan Ismaila Sarr yang terkena tiang gol.
Sarr kemudiannya terus meletakkan Senegal selesa di depan pada minit ke-51 dengan rembatan deras yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.
Ketika Senegal seakan-akan hampir menggenggam tiket ke pusingan seterusnya, kemasukan pemain gantian, Romelu Lukaku, mengubah skrip perlawanan apabila dia merapatkan jurang pada minit ke-86.
Selang tiga minit kemudian, kapten pasukan, Tielemans, menceriakan kem Belgium dengan gol penyamaan sekali gus memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.
Tielemans akhirnya menoktahkan sisa perjuangan Senegal selepas dia sendiri dijatuhkan di dalam kotak penalti dan tenang menyempurnakan sepakan di penghujung aksi masa tambahan.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan, Amerika Syarikat (AS) tidak berdepan masalah besar untuk mara apabila mudah menjinakkan cabaran Bosnia & Herzegovina.
Gol kemenangan AS dihasilkan menerusi jaringan Folarin Balogun dan Malik Tillman, biarpun pasukan itu terpaksa menahan asakan lawan dengan beraksi 10 orang selama 25 minit terakhir perlawanan.
Kemenangan mutlak kedua-dua pasukan itu menyaksikan Belgium dijadualkan menentang AS di Seattle pada 7 Julai ini bagi merebut slot ke peringkat suku akhir.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 9, 2026, 9:57 am
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
