Berita Sukan
Neymar menangis lepas Brazil gagal ke suku akhir buat kali pertama sejak 1990
EAST RUTHERFORD 6 JULAI - Impian bintang Brazil, Neymar da Silva untuk menjulang trofi Piala Dunia berkecai di Stadium New York New Jersey apabila skuad Selecao tersingkir di pusingan 16 terbaik di tangan Norway.
Penyerang berbakat berusia 34 tahun itu tidak dapat menahan keperitan kekalahan tersebut apabila rebah dan menangis teresak-esak di atas padang sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.
Perasaan itu timbul disebabkan ini mungkin aksi yang menjadi penampilan terakhirnya di pentas Piala Dunia.
Kehadiran Neymar dalam skuad kendalian Carlo Ancelotti sebelum ini diselubungi tanda tanya ekoran kecederaan yang dialaminya pada Mei lalu.
Walaupun tetap dibawa ke kejohanan ini, beliau tidak pernah diturunkan sebagai kesebelasan utama dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-67 babak kedua ketika kedudukan terikat tanpa jaringan.
Kemasukan Neymar bagaimanapun gagal menyekat taring gergasi Eropah, Norway, yang terlebih dahulu menghukum benteng Brazil menerusi dua gol daripada peledak berbisa, Erling Haaland pada minit ke-79 dan ke-90.
Brazil cuba bangkit pada masa kecederaan apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Neymar untuk merapatkan kedudukan menjadi 2-1.
Namun, jaringan tersebut sudah terlewat untuk menghalang kekalahan itu sekali gus mengesahkan penyingkiran awal gergasi Amerika Selatan.
Di sebalik duka itu, gol penalti tersebut sebenarnya melakar sejarah peribadi buat Neymar apabila ia merupakan gol ke-80 beliau bersama skuad kebangsaan.
Catatan itu secara rasmi memintas rekod jaringan legenda bola sepak dunia, Pele, yang memegang rekod sebelum ini dengan 77 gol antarabangsa.
Bagaimanapun, pencapaian individu itu tetap gagal memadamkan kekecewaan besar Neymar.
Berbeza dengan mendiang Pele yang berjaya menjulang tiga trofi Piala Dunia, pencapaian terbaik Neymar sepanjang kariernya bersama Brazil hanyalah setakat saingan suku akhir dan separuh akhir.
Kekalahan itu bukan sahaja menamatkan perjuangan Neymar, malah menyaksikan Brazil gagal melangkah ke peringkat suku akhir buat kali pertama sejak 1990.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 9, 2026, 9:57 am
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
