Berita Berita
Polis sahkan 20 mangsa cedera kemalangan konvoi RXZ
KUANTAN 11 Julai - Polis mengesahkan sekurang-kurangnya 20 mangsa tercedera dalam nahas mengorbankan empat nyawa di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, turut mengesahkan lebih 30 motosikal terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu.
"Seramai 20 mangsa disahkan cedera dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Hospital Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
"Kemalangan membabitkan lebih 30 motosikal," katanya melalui kemas kini kes itu kepada media.
Terdahulu, empat penunggang motosikal maut dengan beberapa lagi cedera selepas kumpulan penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dan sebuah kereta terbabit kemalangan ketika berkonvoi menuju Kemaman.
Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, serta Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan dan Mohd Aizat Husni masing-masing berusia 33 tahun.
Seorang lagi mangsa, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Kemalangan turut menyebabkan seorang penumpang kereta iaitu seorang remaja berusia 13 tahun cedera manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.
Berita berkaitan
July 11, 2026, 9:57 pm
PRN Johor: Kemenangan besar BN suntik semangat baharu berkhidmat untuk rakyat – Onn Hafiz
July 11, 2026, 8:58 pm
Ahmad Zahid umum BN menang PRN Johor, pertahan mandat
July 11, 2026, 8:12 pm
TIDAK RASMI : Datuk Onn Hafiz Ghazi menang di DUN Machap
July 11, 2026, 7:34 pm
TIDAK RASMI: BN menang kiraan awal tentera, polis di 38 DUN - Setiausaha Agung UMNO
July 11, 2026, 5:46 pm
Onn dakwa berlaku kes 'undi hantu' di DUN Senggarang
July 11, 2026, 4:10 pm
PH dakwa ejen tempat mengundi diarah keluar di DUN Simpang Jeram
July 11, 2026, 3:50 pm
Isham Jalil sah masuk PAS
July 11, 2026, 3:27 pm
Imigresen tumpas sindiket pelacuran dalam talian, lapan individu ditahan
July 11, 2026, 3:15 pm
