Berita Berita
PH dakwa ejen tempat mengundi diarah keluar di DUN Simpang Jeram
JOHOR BAHRU 11 Julai - Pakatan Harapan (PH) Johor mendakwa berlaku kekeliruan berhubung pelaksanaan tugas ejen tempat mengundi (polling agent) di sebuah pusat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu.
Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa petugas polling agent PH di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Abong diarahkan keluar oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).
Menurut beliau, arahan itu dibuat atas alasan kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan seseorang polling agent hanya dibenarkan bertugas selama dua jam.
"Saya dimaklumkan beberapa pusat pengundian terutama di DUN yang berpotensi dimenangi oleh PH telah cuba dibuat tindakan yang tidak sewajarnya oleh pihak KTM.
"Saya telah dimaklumkan di DUN Simpang Jeram iaitu di SK Sungai Abong, petugas polling agent PH diarahkan keluar kerana kononnya terdapat arahan SPR bahawa seorang polling agent hanya boleh bertugas selama dua jam sahaja.
"Ini jelas bertentangan dengan Perenggan 2.4 dan Perenggan 4 Buku Panduan SPR, yang jelas menyatakan tempoh minimum seorang polling agent adalah dua jam dan bukannya tempoh maksimum," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ahmad Fadhli berkata, pihaknya menggesa semua pihak yang terbabit dalam proses pengundian supaya menjalankan tugas secara profesional serta mematuhi undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan SPR.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan polis serta mengemukakan bantahan mengikut Perenggan 5 Buku Panduan SPR berhubung insiden berkenaan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh SPR berhubung dakwaan tersebut.
Berita berkaitan
July 11, 2026, 9:57 pm
PRN Johor: Kemenangan besar BN suntik semangat baharu berkhidmat untuk rakyat – Onn Hafiz
July 11, 2026, 8:58 pm
Ahmad Zahid umum BN menang PRN Johor, pertahan mandat
July 11, 2026, 8:12 pm
TIDAK RASMI : Datuk Onn Hafiz Ghazi menang di DUN Machap
July 11, 2026, 7:34 pm
TIDAK RASMI: BN menang kiraan awal tentera, polis di 38 DUN - Setiausaha Agung UMNO
July 11, 2026, 5:46 pm
Onn dakwa berlaku kes 'undi hantu' di DUN Senggarang
July 11, 2026, 3:50 pm
Isham Jalil sah masuk PAS
July 11, 2026, 3:27 pm
Imigresen tumpas sindiket pelacuran dalam talian, lapan individu ditahan
July 11, 2026, 3:15 pm
Hanya 42 peratus rakyat Johor keluar mengundi setakat 1 tengah hari tadi - SPR
July 11, 2026, 2:51 pm
