Berita Berita
Onn dakwa berlaku kes 'undi hantu' di DUN Senggarang
BATU PAHAT 11 Julai - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar mendakwa berlaku satu kes disyaki melibatkan penggunaan identiti pengundi oleh individu lain di sebuah pusat mengundi di kawasan itu hari ini.
Beliau berkata, kejadian itu didakwa berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan seorang pengundi tidak dapat mengundi kerana namanya didakwa telah digunakan oleh individu lain.
Susulan itu, Onn menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan semua pengundi yang layak, khususnya di DUN Senggarang, dapat menunaikan hak mereka tanpa sebarang gangguan.
"Saya minta orang ramai mengundi dari sekarang dan pastikan undi masing-masing selamat dan tidak digunakan oleh orang lain," katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.
Menurut beliau, pengundi lelaki berusia 25 tahun itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Senggarang kira-kira jam 11 pagi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Onn berdepan saingan tiga penjuru menentang penyandang kerusi DUN Senggarang, Mohd Yusla Ismail daripada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Setakat ini, SPR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.
Berita berkaitan
July 11, 2026, 9:57 pm
PRN Johor: Kemenangan besar BN suntik semangat baharu berkhidmat untuk rakyat – Onn Hafiz
July 11, 2026, 8:58 pm
Ahmad Zahid umum BN menang PRN Johor, pertahan mandat
July 11, 2026, 8:12 pm
TIDAK RASMI : Datuk Onn Hafiz Ghazi menang di DUN Machap
July 11, 2026, 7:34 pm
TIDAK RASMI: BN menang kiraan awal tentera, polis di 38 DUN - Setiausaha Agung UMNO
July 11, 2026, 4:10 pm
PH dakwa ejen tempat mengundi diarah keluar di DUN Simpang Jeram
July 11, 2026, 3:50 pm
Isham Jalil sah masuk PAS
July 11, 2026, 3:27 pm
Imigresen tumpas sindiket pelacuran dalam talian, lapan individu ditahan
July 11, 2026, 3:15 pm
Hanya 42 peratus rakyat Johor keluar mengundi setakat 1 tengah hari tadi - SPR
July 11, 2026, 2:51 pm
