Berita Berita
Hanya 42 peratus rakyat Johor keluar mengundi setakat 1 tengah hari tadi - SPR
JOHOR BAHRU 11 Julai - Sebanyak 42.16 peratus atau 1,130,980 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 setakat jam 1 tengah hari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang dan DUN Sedili merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi, masing-masing sebanyak 50.5 peratus.
Ia diikuti DUN Tanjung Surat dengan kadar keluar mengundi 48.6 peratus.
Sebaliknya, DUN Penggaram mencatatkan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu 32.2 peratus, diikuti DUN Bentayan sebanyak 32.6 peratus dan DUN Simpang Jeram dengan 35.2 peratus.
Sebagai perbandingan, pada tempoh yang sama semasa PRN Johor ke-15, peratusan keluar mengundi ialah 34.51 peratusatau 888,605 pengundi daripada lebih 2.5 juta pengundi. – BERNAMA
Berita berkaitan
July 11, 2026, 9:57 pm
PRN Johor: Kemenangan besar BN suntik semangat baharu berkhidmat untuk rakyat – Onn Hafiz
July 11, 2026, 8:58 pm
Ahmad Zahid umum BN menang PRN Johor, pertahan mandat
July 11, 2026, 8:12 pm
TIDAK RASMI : Datuk Onn Hafiz Ghazi menang di DUN Machap
July 11, 2026, 7:34 pm
TIDAK RASMI: BN menang kiraan awal tentera, polis di 38 DUN - Setiausaha Agung UMNO
July 11, 2026, 5:46 pm
Onn dakwa berlaku kes 'undi hantu' di DUN Senggarang
July 11, 2026, 4:10 pm
PH dakwa ejen tempat mengundi diarah keluar di DUN Simpang Jeram
July 11, 2026, 3:50 pm
Isham Jalil sah masuk PAS
July 11, 2026, 3:27 pm
Imigresen tumpas sindiket pelacuran dalam talian, lapan individu ditahan
July 11, 2026, 2:51 pm
