Berita Berita
Imigresen tumpas sindiket pelacuran dalam talian, lapan individu ditahan
KUALA LUMPUR 11 Julai - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar kegiatan sindiket pelacuran yang menawarkan khidmat seks menerusi media sosial dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Cheras, awal pagi tadi.
Operasi yang dijalankan kira-kira jam 1.05 pagi itu dilakukan hasil risikan dan maklumat yang diterima pihak berkuasa.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau berkata, ketika serbuan dijalankan, beberapa wanita warga asing sedang melayan pelanggan di bilik yang disediakan, manakala sebuah lagi bilik dipercayai dijadikan tempat mereka berehat sementara menunggu pelanggan.
Menurut beliau, sindiket itu menawarkan perkhidmatan seks menerusi aplikasi media sosial dengan pelanggan dikenakan bayaran antara RM200 hingga RM230 sebelum urusan diatur oleh seorang lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai 'kapten'.
"Menerusi serbuan itu, kita berjaya menahan lapan individu termasuk enam wanita warga asing terdiri daripada lima warga Indonesia dan seorang warga Thailand.
"Dua lagi yang ditahan ialah seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai 'kapten' serta seorang warga Nepal yang bekerja di hotel berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Hamsha berkata, hasil semakan mendapati wanita warga asing yang ditahan dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, termasuk tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas yang dimiliki.
Beliau menegaskan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan terhadap mana-mana individu atau sindiket yang melanggar undang-undang imigresen.
"Imigresen Kuala Lumpur akan meneruskan tindakan penguatkuasaan tanpa kompromi terhadap mana-mana individu atau sindiket yang melanggar undang-undang imigresen," katanya.
Berita berkaitan
July 11, 2026, 9:57 pm
PRN Johor: Kemenangan besar BN suntik semangat baharu berkhidmat untuk rakyat – Onn Hafiz
July 11, 2026, 8:58 pm
Ahmad Zahid umum BN menang PRN Johor, pertahan mandat
July 11, 2026, 8:12 pm
TIDAK RASMI : Datuk Onn Hafiz Ghazi menang di DUN Machap
July 11, 2026, 7:34 pm
TIDAK RASMI: BN menang kiraan awal tentera, polis di 38 DUN - Setiausaha Agung UMNO
July 11, 2026, 5:46 pm
Onn dakwa berlaku kes 'undi hantu' di DUN Senggarang
July 11, 2026, 4:10 pm
PH dakwa ejen tempat mengundi diarah keluar di DUN Simpang Jeram
July 11, 2026, 3:50 pm
Isham Jalil sah masuk PAS
July 11, 2026, 3:15 pm
Hanya 42 peratus rakyat Johor keluar mengundi setakat 1 tengah hari tadi - SPR
July 11, 2026, 2:51 pm
