Berita Berita
Ayob Khan tidak berhasrat sertai politik
KUALA LUMPUR 26 JULAI - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan beliau tidak berhasrat untuk menyertai politik selepas menamatkan perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, urusan politik sewajarnya diserahkan kepada ahli politik, malah mengakui dirinya bukan seorang ahli pidato atau ahli politik.
“Politik, politik serah kepada orang politik. Saya bukan ‘politician’. Kalau nak suruh saya jadi negarawan, saya nak jadi. Apa beza negarawan dengan ahli politik? Ahli politik memikirkan lima tahun lagi untuk kekal, tetapi negarawan memikirkan 20 tahun akan datang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, Ayob Khan membuktikan kewibawaannya dalam pelbagai jawatan kritikal sepanjang berkhidmat hampir 35 tahun dalam PDRM.
Menurutnya, figura kelahiran Kota Setar, Kedah itu adalah satu jenama kepimpinan yang sarat dengan komitmen, ketegasan dan integriti.
“Beliau (Ayob Khan) adalah wajah pemimpin yang mempunyai prinsip tidak tergoyah dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Sepanjang lebih 34 tahun mengabdikan diri dalam PDRM, bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini membuktikan kewibawaannya dalam pelbagai jawatan kritikal.
“Khususnya Cawangan Khas, menerajui Kontinjen Johor, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sebelum menamatkan khidmatnya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara ke-29,” katanya.
Berita berkaitan
July 26, 2026, 8:15 pm
PRN Negeri Sembilan: Anwar rayu tentera, polis beri kesempatan kepada PH
July 26, 2026, 8:14 pm
Anwar hargai kepercayaan Bahrain pilih Malaysia tuan rumah GP Formula 1
July 26, 2026, 4:06 pm
Ayob Khan bersara wajib, Ibrahim Darus pangku jawatan Timbalan KPN
July 26, 2026, 9:32 am
Raja Muda Selangor umum kelahiran puteri sulung dinamakan Tengku Alia Amira
July 25, 2026, 8:57 pm
Pelajar dibuli, 3 rakan sekolah disiasat
July 25, 2026, 8:43 pm
Keadaan Najib stabil, tidak perlu pasang 'stent'
July 25, 2026, 3:04 pm
Pengumuman berkaitan penganjuran F1 di Malaysia akan dibuat esok - PM
July 25, 2026, 9:40 am
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:11 am
