Berita Berita
Raja Muda Selangor umum kelahiran puteri sulung dinamakan Tengku Alia Amira
KUALA LUMPUR 26 JULAI - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz mengumumkan kelahiran puteri sulung baginda berdua Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah.
Menerusi hantaran di Facebook Raja Muda Selangor – RMS, puteri sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada jam 2.56 petang, 21 Julai lalu.
“Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Beta mengumumkan kelahiran puteri kami.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat yang berpanjangan buat anakanda kami.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kami sekeluarga,” menurut hantaran itu, malam ini.
Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 2 Oktober 2025.
Berita berkaitan
July 25, 2026, 8:57 pm
Pelajar dibuli, 3 rakan sekolah disiasat
July 25, 2026, 8:43 pm
Keadaan Najib stabil, tidak perlu pasang 'stent'
July 25, 2026, 3:04 pm
Pengumuman berkaitan penganjuran F1 di Malaysia akan dibuat esok - PM
July 25, 2026, 9:40 am
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:11 am
Anwar seru masyarakat India Muslim terus jadi jambatan perpaduan negara
July 25, 2026, 8:39 am
Dua pelajar perempuan masih lengkap berpakaian 'PJ' ditemukan maut di flat kosong di Ipoh
July 25, 2026, 7:54 am
