Berita Berita
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
KUALA LUMPUR 25 JULAI - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap penyebaran kandungan berunsur penghinaan terhadap agama Islam di platform media sosial Facebook.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, telah menerima aduan berhubung kandungan jelik melampau berunsur 3R (kaum, agama dan institusi diraja) dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan platform komunikasi yang melanggar undang-undang.
“Selain menjalankan siasatan, MCMC juga akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sedia memberikan bantuan teknikal serta sokongan kepakaran digital bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan, sekiranya diperlukan.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“MCMC memandang serius penyebaran kandungan jelik melampau berkaitan agama kerana perbuatan sedemikian berpotensi mencetuskan kebencian, menjejaskan perpaduan masyarakat sekali gus menggugat keharmonian antara kaum di negara ini,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya menggunakan platform media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab, selain tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan berunsur penghinaan, hasutan atau jelik melampau, khususnya yang melibatkan agama.
Berita berkaitan
July 25, 2026, 8:57 pm
Pelajar dibuli, 3 rakan sekolah disiasat
July 25, 2026, 8:43 pm
Keadaan Najib stabil, tidak perlu pasang 'stent'
July 25, 2026, 3:04 pm
Pengumuman berkaitan penganjuran F1 di Malaysia akan dibuat esok - PM
July 25, 2026, 9:11 am
Anwar seru masyarakat India Muslim terus jadi jambatan perpaduan negara
July 25, 2026, 8:39 am
Dua pelajar perempuan masih lengkap berpakaian 'PJ' ditemukan maut di flat kosong di Ipoh
July 25, 2026, 7:54 am
Sokong usaha MUKMIN, Anwar umum dana RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim
July 24, 2026, 10:51 pm
